HARGA ISTIMEWA MULAI OGOS- "BUKU SET PERSEDIAAN SPM" HANYA RM 8.00!..DAPATKANNYA SEKARANG

Monday, May 04, 2009

KAEDAH MEMISAHKAN SET SOALAN DARI BUKU PERSEDIAAN SPM





 

1. PISAHKAN BAHAGIAN KULIT BUKU DENGAN MENEKAN BAHAGIAN ATAS SET SOALAN





2. TEKAN DENGAN JARI SEHINGGA BAHAGIAN HUJUNG








3. KOYAK/PISAHKAN SET 1, SET 2 DAN SETERUSNYA







4. ANDA BOLEH PISAHKAN SEMUA LIMA SET JIKA PERLU. SELAMAT MENCUBA.. SPM SEMAKIN HAMPIR. KAMI YAKIN USAHA ANDA PASTI BERBALOI

Thursday, April 30, 2009

Tuesday, March 31, 2009

BUKU 2: ENGINEERING DRAWING Activity Book Form 5
Buku ini mengandungi 76 muka surat. Tajuk-tajuk yang dipelajari dalam tingkatan 5 dimuatkan dalam buku ini. Dibuat dalam format yang sama dengan buku form 4. Sangat efektif kerana latihan disusun dari aras mudah kepada aras sederhana dan aras sukar. Kami sediakan jumlah latihan yang banyak bagi setiap tajuk khususnya bagi tajuk-tajuk yang dianggap sukar.
Sedikit latihan untuk kertas II yang merangkumi tajuk Lukisan Mekanikal, Lukisan Elektrik, Lukisan Elektronik, Lukisan Perpaipan dan Lukisan Bangunan juga disediakan.
CD Persembahan dan jawapan lengkap disediakan.
HARGA: Semenanjung RM14.00 Sabah/Sarawak RM 17.00
BUKU 3: SET PERSEDIAAN SPM Buku ini mengandungi "Lima Set Soalan Ramalan SPM". Setiap set mengandungi lapan soalan. Contohnya Set 1: 1- REDRAW- Satu bulatan,lengkuk dan dua garis lurus. 2- TRIANGLE- Sudut puncak dan hypotense. 3- ENLARGEMENT- Nisbah luas. 4- TANGENT- Suku ellips dan empat jenis tangent. 5- ORTHOGRAPHIC- Sisi kanan. 6- AUXIALIARY VIEW- Ketinggian. 7- TWO POINT PERSPECTIVE- Diberi titik lenyap, pand.atas dan hadapan. 8- DEVELOPMENT- Kaedah jejarian. Soalan dan tajuk berbeza-beza untuk Set2, Set 3 dan seterusnya. Dengan masa 2 jam 30 minit ia boleh diguna untuk menguji tahap kemampuan dan penguasaan anda kerana formatnya sama dengan format SPM sebenar. Sangat sesuai untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM sebenar hujung tahun ini. CD Persembahan dan Skema Pemarkahan disediakan. HARGA: Semenanjung RM 10.00 Sabah/Sarawak RM13.00
LUKISAN PENGORAKAN ( Kaedah Selari ) Definasi: Bentangan objek pada satah/permukaan rata. Bentuk Soalan: Pandangan Hadapan, Pandangan Atas dan Ilustrasi Objek akan diberi.
Langkah: 1. Unjurkan kedudukan pandangan hadapan dan pandangan atas supaya betul-betul sejajar. 2. Lukiskan garis bentangan, lukislah panjang mana yang anda suka. 3. Ambil jarak 1-2 dan pindahkan ke garis bentangan. Tentukan sendiri tempat mula(no.1). 4. Ambil jarak 2-3, jarak 3-4 dan jarak 1-2. Pindahkan jarak-jarak ini ke garis bentangan. 5. Tentukan juga kedudukan 'x' dan 'y' . 6. Rujuk kedudukan nombor pada pandangan atas dan unjurkan ke pandangan hadapan, tentukan kedudukan nombor yang dilebel pada garis bentangan. Kefahaman konsep orthografik adalah penting untuk menguasi Lukisan Pengorakan.
Semak jawapan anda... Setiap warna berbeza mewakili permukaan objek. Kuasi tajuk ini.... sebab skor dalam SPM ialah 20 markah.
Mainkan video ini untuk kefahaman yang lebih baik KONSEP PENGORAKAN BAGI SILINDER
SUKATAN PELAJARAN (VERSI BAHASA MELAYU)
LUKISAN PERSPEKTIF (Perspektif Dua Titik)
Lukisan Perspektif - Soalan yang menyumbang 20 markah diperingkat peperiksaan SPM. Soalan ini lazimnya diletakan pada soalan nombor 7. Sejak format baru SPM diperkenalkan mulai tahun 2003 tajuk ini telah disoal secara berterusan sehingga tahun 2007. Ramai pelajar beranggapan soalan "perspektif" akan disoal pada tiap-tiap tahun, tapi malangnya tajuk ini tidak disoal pada tahun 2008. Ramai yang kecewa termasuklah para guru, sehingga ada yang mengatakan format telah ditukar. Mungkin ini satu helah atau satu kaedah terbaik supaya pelajar tidak meramal soalan. Buktinya pada tahun 2009 tajuk ini disoal semula dalam SPM dan masih kekal pada soalan no.7. Soalan ini adalah katogeri soalan susah(aras 3) . Skor yang diberi memberi petunjuk bahawa ia adalah soalan "susah", tetapi ramai pelajar beranggapan sebaliknya kerana ini adalah soalan yang boleh dibuat.