LUKISAN PERSPEKTIF
(Perspektif Dua Titik)
Lukisan Perspektif - Soalan yang menyumbang 20 markah diperingkat peperiksaan SPM. Soalan ini lazimnya diletakan pada soalan nombor 7. Sejak format baru SPM diperkenalkan mulai tahun 2003 tajuk ini telah disoal secara berterusan sehingga tahun 2007. Ramai pelajar beranggapan soalan "perspektif" akan disoal pada tiap-tiap tahun, tapi malangnya tajuk ini tidak disoal pada tahun 2008. Ramai yang kecewa termasuklah para guru, sehingga ada yang mengatakan format telah ditukar. Mungkin ini satu helah atau satu kaedah terbaik supaya pelajar tidak meramal soalan. Buktinya pada tahun 2009 tajuk ini disoal semula dalam SPM dan masih kekal pada soalan no.7. Soalan ini adalah katogeri soalan susah(aras 3) . Skor yang diberi memberi petunjuk bahawa ia adalah soalan "susah", tetapi ramai pelajar beranggapan sebaliknya kerana ini adalah soalan yang boleh dibuat.

