HARGA ISTIMEWA MULAI OGOS- "BUKU SET PERSEDIAAN SPM" HANYA RM 8.00!..DAPATKANNYA SEKARANG

Tuesday, March 31, 2009

LUKISAN PENGORAKAN ( Kaedah Selari ) Definasi: Bentangan objek pada satah/permukaan rata. Bentuk Soalan: Pandangan Hadapan, Pandangan Atas dan Ilustrasi Objek akan diberi.
Langkah: 1. Unjurkan kedudukan pandangan hadapan dan pandangan atas supaya betul-betul sejajar. 2. Lukiskan garis bentangan, lukislah panjang mana yang anda suka. 3. Ambil jarak 1-2 dan pindahkan ke garis bentangan. Tentukan sendiri tempat mula(no.1). 4. Ambil jarak 2-3, jarak 3-4 dan jarak 1-2. Pindahkan jarak-jarak ini ke garis bentangan. 5. Tentukan juga kedudukan 'x' dan 'y' . 6. Rujuk kedudukan nombor pada pandangan atas dan unjurkan ke pandangan hadapan, tentukan kedudukan nombor yang dilebel pada garis bentangan. Kefahaman konsep orthografik adalah penting untuk menguasi Lukisan Pengorakan.
Semak jawapan anda... Setiap warna berbeza mewakili permukaan objek. Kuasi tajuk ini.... sebab skor dalam SPM ialah 20 markah.
Mainkan video ini untuk kefahaman yang lebih baik KONSEP PENGORAKAN BAGI SILINDER